Hari Kanser Sedunia 2024: Merapatkan Jurang Penjagaan Kanser
Hari Kanser Sedunia (4 Februari) disambut tahun ini dengan tema Merapatkan Jurang Penjagaan Kanser. Realiti penjagaan kanser ialah siapa diri anda, dimana anda tinggal dan pekerjaan anda boleh menentukan kadar survival pesakit kanser. Penjagaan kanser dipengaruhi jurang yang boleh menghalang kesamarataan dan kesaksamaan. Tahun ini, kami ingin meningkatkan kesedaran melalui satu soalan: ‘Apa yang boleh saya lakukan untuk merapatkan jurang penjagaan kanser’. Tidak kira sama ada anda ialah pejuang kanser, penjaga pesakit kanser, pengamal perubatan profesional ataupun ahli dalam komuniti, anda boleh merapatkan jurang penjagaan kanser.
Layari https://cancer.org.my/ untuk mengetahui bagaimana anda boleh merapatkan jurang penjagaan kanser atau ikuti kami di media sosial untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai aktiviti dan peluang untuk melakukan perubahan sekarang.